PRODUK DAN PERKHIDMATAN

ZHARBIZ ENT MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT YANG DITUBUHKAN SEJAK 2009 YANG MENYEDIAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :
1. PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA ROMBONGAN YANG DATANG KE MELAKA.
2. PERKHIDMATAN MEMBEKALKAN DAGING PUYUH PROSES KEPADA PENIAGA PASAR MALAM, RESTORAN, KEDAI MAKAN DAN INDIVIDU.
3. PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN BERKAITAN EMAS DAN PERAK.

Saturday, 3 November 2012

RESEPI 6 - MASAK MERAH BURUNG PUYUH

 

 

Bahan-bahan ( 5 ekor burung puyuh )

  • 5 ekor burung puyuh diperap dgn garam dan kunyit(belah dua jika sainya besar)
  • Bahan A(dikisar)
  • 10 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 6-10 biji lada kering(blh juga gula cili boh)
  • Bahan2 lain
  • 1 biji carot dipotong mengiring
  • 2 biji cili merah dipotong mengiring
  • 1@2 biji tomato belah 4
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato(blh juga tukar dgn air asam jawa)
  • Garam, gula dan perasa
  • minyak utk menumis dan mengoreng

Cara-cara

  1. Goreng burung puyuh(jangan terlalu garing). Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar dan tumis bahan A hingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram , sos tomato, gula dan garam. kacau hingga bahan tersebut garing
  4. Masukkan burung, kacau hingga bahan2 yg ditumis itu menyaluti semua burung
  5. Kemudian tambah air, carot, cili merah(dlm gambar tu saya guna cili hijau kecil sbb cili merah bessar tak ada). kacau sebati dan tudung kuali sehingga mendidih
  6. Setelah mendidih, masukkan perasa dan tomato. kacau lagi dan pelahan kan api. Setelah air hampir kering tutup api dan kacau sekali lagi. Boleh dihidangkan
  7. Setiap kali kacau, jangan terlalu lama takut burung hancur. maklumlah buruh puyuhkan kecil
  8. P/S :dlm masakan ini blh juga masukan bawang besar di belah 6. Di sini saya tak masukkan sebab saya tak berapa suka bawang besar.....

Sumber :  http://www.myresipi.com

No comments:

Post a Comment