PRODUK DAN PERKHIDMATAN

ZHARBIZ ENT MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT YANG DITUBUHKAN SEJAK 2009 YANG MENYEDIAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :
1. PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA ROMBONGAN YANG DATANG KE MELAKA.
2. PERKHIDMATAN MEMBEKALKAN DAGING PUYUH PROSES KEPADA PENIAGA PASAR MALAM, RESTORAN, KEDAI MAKAN DAN INDIVIDU.
3. PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN BERKAITAN EMAS DAN PERAK.

Monday, 22 October 2012

Resepi 1- Puyuh Goreng Berempah

Salam Rakan-Rakan,


Bahan: A
10 ekor burung puyuh dibelah dua, dibersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk.

Bahan B
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kuranglah)
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai dipotong anggaran 1 inci
** Blender kasar bahan di atas.

Bahan C
2 sudu besar rempah kari (suka hati nak kurang atau lebih. Bundo main tabur je)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukupnya
Cara Memasak
Masukkan bahan C ke dalam B dan curahkan ke dalam mangkuk berisi puyuh. Gaul rata dan perap dalam 1 jam atau sekurang-kurangnya 1/2 jam.

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Bila selesai, tapis bumbunya dan goreng pula bumbu yang telah ditapis itu sehingga garing. Taburkan di atas puyuh.

Sumber : http://resipiibundo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment