PRODUK DAN PERKHIDMATAN

ZHARBIZ ENT MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT YANG DITUBUHKAN SEJAK 2009 YANG MENYEDIAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :
1. PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA ROMBONGAN YANG DATANG KE MELAKA.
2. PERKHIDMATAN MEMBEKALKAN DAGING PUYUH PROSES KEPADA PENIAGA PASAR MALAM, RESTORAN, KEDAI MAKAN DAN INDIVIDU.
3. PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN BERKAITAN EMAS DAN PERAK.

Saturday, 3 November 2012

RESEPI 6 - MASAK MERAH BURUNG PUYUH

 

 

Bahan-bahan ( 5 ekor burung puyuh )

  • 5 ekor burung puyuh diperap dgn garam dan kunyit(belah dua jika sainya besar)
  • Bahan A(dikisar)
  • 10 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 6-10 biji lada kering(blh juga gula cili boh)
  • Bahan2 lain
  • 1 biji carot dipotong mengiring
  • 2 biji cili merah dipotong mengiring
  • 1@2 biji tomato belah 4
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato(blh juga tukar dgn air asam jawa)
  • Garam, gula dan perasa
  • minyak utk menumis dan mengoreng

Cara-cara

  1. Goreng burung puyuh(jangan terlalu garing). Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar dan tumis bahan A hingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram , sos tomato, gula dan garam. kacau hingga bahan tersebut garing
  4. Masukkan burung, kacau hingga bahan2 yg ditumis itu menyaluti semua burung
  5. Kemudian tambah air, carot, cili merah(dlm gambar tu saya guna cili hijau kecil sbb cili merah bessar tak ada). kacau sebati dan tudung kuali sehingga mendidih
  6. Setelah mendidih, masukkan perasa dan tomato. kacau lagi dan pelahan kan api. Setelah air hampir kering tutup api dan kacau sekali lagi. Boleh dihidangkan
  7. Setiap kali kacau, jangan terlalu lama takut burung hancur. maklumlah buruh puyuhkan kecil
  8. P/S :dlm masakan ini blh juga masukan bawang besar di belah 6. Di sini saya tak masukkan sebab saya tak berapa suka bawang besar.....

Sumber :  http://www.myresipi.com

Monday, 29 October 2012

RESEPI 5 - Puyoh Goreng Berempah


 
5 ekor puyuh (dibersihkan dan dipotong 2)

•6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
•7 ulas bawang merah~ ditumbuk
•2 inci halia~ ditumbuk
•2 batang serai~ ditumbuk
•3 sb cili kering kisar
•3 sb rempah masala (ngendeng dr rumah SIL..heee)

•garam
•Minyak utk menggoreng

1.Campurkan semua bahan dan gaul bersama puyuh. Sebatikan dan perap selama 1 jam.
2.Panaskan minyak penuh dlm kuali.
3.Masukkan puyuh satu per satu dan goreng hingga masak/garaing. angkat dan toskan.
4. Boleh dimakan begitu sahaja! sodapppp...
 
Sumber : http://gee-hut.blogspot.com

Saturday, 27 October 2012

RESEPI 4 - PUYUH BAKAR

Puyuh Bakar

     
     Bahan-bahan Puyuh Bakar:
  • Burung Puyuh
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Susu Segar
  • Limau Nipis
  • Serbuk Cili Kering
  • Gula dan Garam
  • Maggi Cukup Rasa
    Cara-cara penyediaan Puyuh Bakar:
  • Campurkan burung puyuh bersama kesemua bahan sehingga sebati.
  • Perap selama ½ - 1 jam.
  • Panggang sehingga keperangan.

Sumber : http://www.astro.com.my/masterchefseason1

Friday, 26 October 2012

JOM MAKAN


 
Antara kedai makan yang mendapatkan bekalan daging puyuh segar kami. Nak rasa kesegaran dan kelazatan puyuh singgahlah ke kedai makan bawah pokok di sebelah BSN Seri Duyong.

Thursday, 25 October 2012

RESEPI 3 - PUYUH MASAK KICAP BEREMPAH


Puyuh Masak Kicap Berempah

lagi menu simple...rspi ni kita cma ubah skit2 dri rspi puyuh sblumnya...tapi rasanya tetap memenuhi citara suami kita...sdppppp!! Cik Abang kita ckp klu kat bahrain kambing pun sdp msk mcm ni...kat sna kambennya fresh..dismbeleh stiap pgi bratus2 ekor..murah plak tu!!
Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 3 ekor puyuh - potong dan cuci bersih, gaul garam kunyit
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili atau sos tomato
  • 1 batang serai - belah 4
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit air dan minyak
Cara-cara
1. Tumbuk atau kisar halus bahan-bahan yang bertanda *.
2. Goreng dulu puyuh yang telah digaul garam kunyit bersama sedikit air (dalam 1/2 cawan). Balik-balikkan agar masak sekata dan air kering.
3. Angkat puyuh dan ketepikan. Dengan kuali yang sama, masukkan 3-4 sudu besar minyak masak. Masukkan serai, daun kari dan bahan-bahan yang telah dikisar lumat tadi. Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
4. Masukkan puyuh dan kacau sekata. Masukkan bahan sos dan balik-balikkan agar sebati (kalau kering tambahkan sedikit air) dan perasakan ikut selera. Biarkan seketika agar daging puyuh meresap dalam sos.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Balik-balikkan. Padamkan api. Siap...
 

SAJIAN MAKANAN UNTUK ROMBONGAN KE MELAKA

Bagi meningkatkan lagi kedudukan syarikat, kami meneruskan lagi perkhidmatan sajian makanan untuk rombongan ke Melaka dengan memperkenalkan sajian berasaskan daging puyuh. Pengalaman selama 3 tahun dalam bidang ini telah menjadikan syarikat kami pilihan ramai. Keenakan makanan, layanan istemewa dan kejujuran kami adalah motto syarikat kami selama ini.

Anda tidak perlu was-was untuk menjadi pelanggan kami kerana kami telah membuktikan kewujudan syarikat kami sehingga kini. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.


HANYA
RM8.00/SEORANG

RESEPI 2 - NASI KALIO BURUNG PUYUH

NASI KALIO BURUNG PUYUH
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

500 gm burung puyuh
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar puri tomato
1 liter air
250 ml susu segar

Sumber : http://fromintankitchen.blogspot.com

Bahan Tumis
1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

Bersihkan burung puyuh
Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
Panaskan minyak sapi di dalam kuali
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh
Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih
Masukkan beras dan perasakan dengan garam
Tanak nasi sehingga nasi masak

Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.